Sunday, November 2, 2008

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2008 Bersama YB Guai

Pada hari Sabtu 4.10.2008, YB ADUN Guai, Encik Norol Azali bin Sulaiman telah mengadakan jamuan hari raya bagi penduduk DUN Guai. Jamuah telah diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Pelbagai golangan masyarakat telah hadir. Golongan Istimewa telah menerima sumbangan yang istimewa pada hari tersebut.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan nanyian lagu puisi dan gendang silat. Pada hari tersebut dijangkakan hadir Encik Aripin Said dengan gendangnya. Gambar beliau tak sempat saya rakamkan kerana saya terpaksa hadir di tempat lain.

Makanan memang banyak pada hari tersebut. Pengunjung tak perlu risau, YB Adun Guai, Encik Norol Azali bin Sulaiman telah menyediakan secukupnya untuk penyokong beliau. Sate pun ada juga. Kalau teringatkan makanan pada hari tersebut, lapar semula rasanya. YB Encik Norol Azali bin Sulaiman tidak lupa memberikan duit raya pada kanak-kanak kecil yang hadir. Bagi kanak-kanak besar cukup dengan makan sate. Akhir kata Majlis Jamuah Hari Raya Dun Guai tahun ini memang meriah.
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Isteri saya yang bersungguh-sungguh nak datang ke Majlis Jamuan Hari Raya Dun Guai. Katanya tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri jamuan hari raya ini kerana ianya diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Seronok melihat perubahan yang telah berlaku di sekolah lamanya. Teringat kenangan bersama Ayu dan Zam yang rumahnya dihadapan sekolah.
.
Jamuan Aidilfitri Pegawai Daerah Bera 2008
.
Jawapan untuk 'COMMENTS':
.
1. Terima kasih kepada Suara Adiwangsa yang mewakili http://gpmspahang.blogspot.com/ kerana memberikan semangat kepada YB Guai Encik Norol Azali bin Sulaiman untuk terus berjuang dalam dunia politik yang penuh dengan pelbagai cabaran.
.
2. Jangan la Snakebite (http://snakebite-dustinthewind.blogspot.com/) kata semua orang Guai dan tak kenal Snakebite. Sesekali Snakebite balik la ke Guai, rodong-rodong lama boleh mintak sesikit nasihat undang-undang. Kuala Lumpur dengan Guai bukan jauh. Jangan lupa singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Boleh tengok Galeri Foto Sejarah Daerah Bera (Galeri Foto Sejarah Daerah Bera) (Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu) (Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Orang Lama). Ada dipamirkan 50 keping foto-foto lama. Kalau balik hari cuti telefon Perpustakaan Awam Daerah Bera mintak mereka buka Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ... khas buat Snakebite dan rombongannya.
[10.03.09]

Links

O http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/15/southneast/20913106&sec=southneast -GUAI assemblyman Norol Azali Sulaiman once saw a beautiful woman