Saturday, November 14, 2009

KEPIMPINAN GPMS PAHANG 2009-2012


Pengerusi : 
Encik Wan Emril Nizam Bin Wan Embong 
(Pensyarah Kipsas)

Tim.Pengerusi : 
YB Norol Azali Bin Sulaiman 
(Adun Guai)

Naib Pengerusi 1 : 
Encik Hishamuddin Bin Abd Rahman (Guru)

Naib Pengerusi 2 : 
Encik Johari Bin Budin @ Mahasan (Guru Kanan)

Naib Pengerusi 3 : 
Encik Azrul Khairi Bin Muhamad (Pengurus Bhg Mentiga Bhd)

Bendahari : 
Encik Khairulnizam Bin Dato’ Abu Dahari (Usahawan)

Ketua Sekretariat : 
Puan Nani Masida Binti Nordin (Pensyarah Ikip)
Wanita

Setiausaha : 
Encik Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid (Guru)

Pen. S/U : 
Cik Fatonah Tahidul Asmak (Eksekutif Bank Islam) - Cadangan

Ketua Penerangan : 
Encik Muhammad Fikri Bin Anuar (Mahasiswa)


Thursday, August 20, 2009

Majlis Penyampaian Dividen Tunai

Tarikh : 20 Ogos 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pekarangan Pejabat PPK Bera
Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah mengadakan majlis penyampaian dividen tunai kepada seramai 134 orang pemilikk saham RM 200.00 dan keatas, turut disampaikan adalan Hadiah/Rebet Langganan kepada seramai 34 orang pelanggan ahli, sumbangan bagi majlis berbuka puasa kepada 23 buah masjid/surau di unit-unit peladang serta penyampaian sumbangan tabung pendidikan Pertubuhan Peladang Negeri bagi katogeri UPSR, PMR dan SPM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Norol Azali Sulaiman, ADUN Kawasan Guai
 

 

ADUN Sampaikan Dividen Tunai

Majlis Penyampaian Dividen Tunai
Tarikh : 20 Ogos 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pekarangan Pejabat PPK Bera

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah mengadakan majlis penyampaian dividen tunai kepada seramai 134 orang pemilikk saham RM 200.00 dan keatas, turut disampaikan adalan Hadiah/Rebet Langganan kepada seramai 34 orang pelanggan ahli, sumbangan bagi majlis berbuka puasa kepada 23 buah masjid/surau di unit-unit peladang serta penyampaian sumbangan tabung pendidikan Pertubuhan Peladang Negeri bagi katogeri UPSR, PMR dan SPM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Norol Azali Sulaiman, ADUN Kawasan Guai
 

Wednesday, June 10, 2009

HARI TERBUKA PJK FELDA MAYAM

Felda Mayam, Bera. 10 Jun 2009
Petikan:
"Hari terbuka PJK Felda Mayam telah diadakan pada hari Rabu, 10 Jun 2009, bertempat di perkarangan Wisma JKKK Felda Mayam. Acara bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Program ini secara tidak langsung adalah untuk memperkenalkan PJK Felda Mayam kepada orang ramai.

Antara acara yang berlangsung pada Hari Terbuka ialah pertandingan mewarna kanak-kanak mengikut kategori umur, pertandingan menguji minda ICT untuk kategori remaja, belia, dan dewasa serta penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat sesi pembelajaran komputer musim pertama. Selain itu, Hari Terbuka ini turut dimeriahkan dengan adanya kaunter-kaunter pameran dan jualan. 

Antara yang turut serta membuka kaunter-kaunter jualan dan pameran ialah Telekom Malaysia, Celcom, Maxis, Digi, Klinik Kesihatan Felda Purun, Kelab ICT Pahang dan gerai-gerai jualan serbaneka.

Turut hadir pada hari tersebut adalah YB En. Norolazali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai dan Pengarah SKMM Wilayah Timur, En. Mohd Shafie bin Harun, JKKK Felda Mayam, Koperasi Felda Mayam, Persatuan GPW Felda Mayam, Persatuan Belia Felda Mayam, Persatuan RELA Felda Mayam dan penduduk Felda Mayam."

Sumber: feldamayam.pjk.com

Monday, June 1, 2009

Penduduk FELDA Purun kecewa JBA Pahang berhelah

Petikan 
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan.

Sumber: bharian.com.my

Wednesday, April 29, 2009

Lama Tak Tulis.

Hajat hati memang nak kerap laporkan kepada penduduk Dun Guai dan yang sewaktu dengannya tentang aktiviti yang diusahakan oleh YB En. Norol Azali bin Sulaiman. Supaya penduduk di kawasan Dun Guai tahu bahawa YB En. Norol Azali bin Sulaiman sentiasa berusaha untuk berbakti kepada pengundi-pengundi di kawasan Dun Guai. Tak dapat bantu dengan peruntukan wang ringgit, bantu dengan khidmat nasihat.

Kalau ada 'follower' (shaifulsafar, SaKa AdiWangsa & Waris Pahang) yang kata n37guai.blogspot jarang 'update' memang betul pun. Memang lama dah rasanya tak berkesempatan untuk paparkan info terbaru dalam Blog Dun Guai ini. Sebenarnya bahan baru tentang YB En. Norol Azali bin Sulaiman dan program-program beliau semuanya dah diterbitkan. Nak kena cari pulak bahan baru pula tentang YB En. Norol Azali bin Sulaiman.

Tambah pulak sekarang ini 'kesibukan' telah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat. Siapa yang sibuk dianggap sebagai orang yang penting atau orang yang berjaya. Sebab itu semua orang ingin menjadi sibuk. Bila dah sibuk-sibuk macam ni mula lah tak sempat nak buat semua benda yang dirancang.

Untuk sementara ini marilah kita renung kata-kata 'follower' n37guai.blogspot dalam blog mereka:
shaifulsafar - "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual-beli. Ia tiada di tepian pantai" - Iman Mutiara by Raihan
Waris Pahang - Apa guna sebuah parti jika tidak mendengar suara akar umbi.

Thursday, April 16, 2009

Kompleks Rakan Muda: Mesyuarat Agung Tahunan PPK Bera Ke-31

Tarikh: 28.06.2008
Tempat: Kompleks Rakan Muda Daerah Bera
Tajuk: Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera.
Foto Oleh: Peladang Bera.

Ketua Kampung Seri Buntar, Ketua Kampung Tementi, Dato' Sri Ismail Saberi Bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan YB En. Norol Azali bin Sulaiman (Adun Kawasan Guai).

Durian Tawar: Kursus Peruncitan (IKS) 2009 Fama

Tarikh: 16.03.2009 (Isnin)
Tempat: Pertubuhan Peladang Kawasan Bera
Tajuk: Kursus Peruncitan (IKS) 2009
Anjuran: Fama
Dirasmikan Oleh: YB En. Norol Azali bin Sulaiman (Adun Kawasan Guai)
7
Pegawai Fama Daerah Bera menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang menghadiri Kursus Peruncitan (IKS) 2009.
6
5
4
3
Peserta dan urusetia bergambar sebagai kenangan bersama YB En. Norol Azali bin Sulaiman (Adun Kawasan Guai). Kursus ini telah diadakan di Pejabat Peryubuhan peladang Kawasan Bera di Durian Tawar. Turut hadir semasa kursus ini adalah Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera.
2
1
Foto Oleh: Pejabat Fama Daerah Bera

Tuesday, February 24, 2009

Felda Bukit Kepayang: Edible Garden

24hb Februari, 2009. Felda Bukit Kepayang.
BENGKEL TAKLIMAT EDIBLE GARDEN
Anjuran Fama Daerah Bera dan Jabatan Pertanian Daerah Bera.

Aturcara Program:
8 pg - Pendaftaran Peserta -8.30 pg- Ceramah 'Amalan Pertanian Yang Betul' oleh Jabatan Pertanian Daerah Bera -9.30 pg- Perasmian Bangkel 'Edible Garden' oleh YB En. Norol Azali bin Sulaiman (Adun Kawasan Guai) -10.30 pg - Jamuan Ringan - 11.00 pg - Ceramah Gred Hasil Tanaman oleh Fama -12.15 tengahari - Soal jawab - 12.30 tengahari - Ucapan Penutup oleh Pengurus Felda Bukit Kepayang -12.45 tengahari - Jamuan Makan dan bersurai.

9
8
7
6
5
4
3
2
1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap projek 'Edible Garden' atau projek 'Taman Dapur' dapat menambah pendapatan, mengurangkan perbelanjaan keluarga dan mengindahkan persekitaran halaman kediaman kepada kira-kira 112,635 peneroka Felda di seluruh negara. Untuk itu, suatu perjanjian persefahaman (MoU) projek Edible Garden antara Felda dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan. Rujukan: Utusan Malaysia
Projek 'Edible Garden' atau projek 'Taman Kebun Dapur' ini diharap mengurangkan import cili dan juga beberapa bahan makanan lain. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbelanja sebanyak RM100 juta setahun bagi mengimport cili. Untuk mengurangkan belanja tersebut penanaman cili akan dimulakan secara besar-besaran di rancangan Felda.