Tuesday, February 24, 2009

Felda Bukit Kepayang: Edible Garden

24hb Februari, 2009. Felda Bukit Kepayang.
BENGKEL TAKLIMAT EDIBLE GARDEN
Anjuran Fama Daerah Bera dan Jabatan Pertanian Daerah Bera.

Aturcara Program:
8 pg - Pendaftaran Peserta -8.30 pg- Ceramah 'Amalan Pertanian Yang Betul' oleh Jabatan Pertanian Daerah Bera -9.30 pg- Perasmian Bangkel 'Edible Garden' oleh YB En. Norol Azali bin Sulaiman (Adun Kawasan Guai) -10.30 pg - Jamuan Ringan - 11.00 pg - Ceramah Gred Hasil Tanaman oleh Fama -12.15 tengahari - Soal jawab - 12.30 tengahari - Ucapan Penutup oleh Pengurus Felda Bukit Kepayang -12.45 tengahari - Jamuan Makan dan bersurai.

9
8
7
6
5
4
3
2
1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap projek 'Edible Garden' atau projek 'Taman Dapur' dapat menambah pendapatan, mengurangkan perbelanjaan keluarga dan mengindahkan persekitaran halaman kediaman kepada kira-kira 112,635 peneroka Felda di seluruh negara. Untuk itu, suatu perjanjian persefahaman (MoU) projek Edible Garden antara Felda dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan. Rujukan: Utusan Malaysia
Projek 'Edible Garden' atau projek 'Taman Kebun Dapur' ini diharap mengurangkan import cili dan juga beberapa bahan makanan lain. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbelanja sebanyak RM100 juta setahun bagi mengimport cili. Untuk mengurangkan belanja tersebut penanaman cili akan dimulakan secara besar-besaran di rancangan Felda.