Wednesday, June 10, 2009

HARI TERBUKA PJK FELDA MAYAM

Felda Mayam, Bera. 10 Jun 2009
Petikan:
"Hari terbuka PJK Felda Mayam telah diadakan pada hari Rabu, 10 Jun 2009, bertempat di perkarangan Wisma JKKK Felda Mayam. Acara bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Program ini secara tidak langsung adalah untuk memperkenalkan PJK Felda Mayam kepada orang ramai.

Antara acara yang berlangsung pada Hari Terbuka ialah pertandingan mewarna kanak-kanak mengikut kategori umur, pertandingan menguji minda ICT untuk kategori remaja, belia, dan dewasa serta penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat sesi pembelajaran komputer musim pertama. Selain itu, Hari Terbuka ini turut dimeriahkan dengan adanya kaunter-kaunter pameran dan jualan. 

Antara yang turut serta membuka kaunter-kaunter jualan dan pameran ialah Telekom Malaysia, Celcom, Maxis, Digi, Klinik Kesihatan Felda Purun, Kelab ICT Pahang dan gerai-gerai jualan serbaneka.

Turut hadir pada hari tersebut adalah YB En. Norolazali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai dan Pengarah SKMM Wilayah Timur, En. Mohd Shafie bin Harun, JKKK Felda Mayam, Koperasi Felda Mayam, Persatuan GPW Felda Mayam, Persatuan Belia Felda Mayam, Persatuan RELA Felda Mayam dan penduduk Felda Mayam."

Sumber: feldamayam.pjk.com

Monday, June 1, 2009

Penduduk FELDA Purun kecewa JBA Pahang berhelah

Petikan 
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan.

Sumber: bharian.com.my