Tuesday, September 21, 2010

Adun Guai hadiri Jamuan Hari Raya Anjuran GB4B Caw Mengkarak

Ucapan tahniah kepada semua ahli Gerakan Belia 4B (GB4B) Caw Mengkarak kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya berserta Sambutan Hari Malaysia. Kejayaan ini dapat dikecapi kerana semua belia bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan majlis yang setahun sekali diadakan ini.

Majlis yang berlangsung secara bersederhana tetapi sangat bermakna bagi barisan belia. Ini kerana majlis jamuan yang diadakan ini telah dihadiri oleh tetamu istimewa yang dijemput khas iaitu YB ADUN GUAI, saudara Norol Azali Bin Sulaiman dan juga Pengerusi GB4B Negeri Pahang iaitu saudara Ahmad Daniar Bin Ismail bersama dengan dua orang lagi rakannya yang datang dari Kuala Lipis, Pahang. Majlis juga turut dihadiri oleh ahli JKKK Kampung Mengkarak.

Sumber:  inderasegara.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka puasa di Felda Kumai

Petikan: 27 Ogos 2012.

Majlis berbuka puasa di mulakan pada pukul 6.30 petang dengan bacaan tahlil oleh jemaah yang hadir. Lebih kurang 50 orang peneroka dan generasi Felda Kumai telah hadir di majlis berbuka puasa ini. Tetamu VIP pada majlis berbuka tersebut ialah ADUN Guai iaitu YB En. Norol Azali bin Sulaiman.

Selepas solat Isya’, ceramah sempena nuzul Quran telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Idris bin Idrus. Antara isi kandungan ceramah Ustaz Idris ialah al-quran seharusnya dijadikan panduan oleh semua umat islam kerana segala persoalan dan kemusykilan boleh dirujuk kepada al-quran. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah selengkap-lengkap buku yang ada di dunia ini. Ustaz Idrus juga menerangkan adab-adab sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran. Antaranya ialah pentingnya membaca Al-Quran dengan sebutan dan cara bacaan yang betul.

Sumber: feldakumai.com (majlis-berbuka-puasa)