Wednesday, December 19, 2012

Popular Posts 20.12.2012

  1. 24hb Februari, 2009. Felda Bukit Kepayang. BENGKEL TAKLIMAT EDIBLE GARDEN Anjuran Fama Daerah Bera dan Jabatan Pertanian Daerah Bera. Aturc...
  2. Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dijangka terus kukuh di kersui DUN berkenaan sekiranya beliau m...
  3. Corat coret sekitar Majlis Ramah Mesra Aidilfitri DUN Guai pada 25 Ogos 2012. Bicara dalam gambar...
  4. Pada hari Sabtu 4.10.2008, YB ADUN Guai, Encik Norol Azali bin Sulaiman telah mengadakan jamuan hari raya bagi penduduk DUN Guai. Jamuah te...
  5. Pada 25 Ogos 2012 Yang Berhormat Encik Norol Azali Adun Kawasan Guai telah mengadakan jamuan hari raya di Dewan Padang Luas. Ramai yang had...
  6. Pihak pentadbir Blog DUN Guai N37 mengucapkan selamat datang kepada "Kembara Jiwa" kerana sudi berkongsi tugas bagi memeriahkan Blog DUN ...
  7. Tanggal 25 Julai 2012 bersamaan 5 Ramadhan 1433 Hijrah, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang bersama Ke Bawah Duli Yang Tera...
  8. Sempena Sukma Pahang 2012, sebanyak 15 orang Adun telah dilantik sebagai Bapa Angkat kepada kontinjen yang datang bertanding ke Pahang. Bagi...
  9. Tarikh: 28.06.2008 Tempat: Kompleks Rakan Muda Daerah Bera Tajuk: Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera . Foto Ole...
  10. Kehidupan YB dari kaca mata N D Lala. Bangun pagi-pagi. Tamu dah menanti. Bukan nak cari kopi. Nak tanya pasal subsidi. Hai belum sempat s...

Pageviews by Countries

Malaysia 41
Indonesia 6
Italy 1

Tuesday, November 6, 2012

MAJLIS PERASMIAN GALERI FOTO SEJARAH BERA DAN SIRI JELAJAH U-PUSTAKA 2012 PERINGKAT DAERAH BERA

sumber: Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang


01. Banner Perasmian Galeri Foto Sejarah Daerah Bera dan Siri Jelajah U-Pustaka Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 
Tarikh : 1 November 2012 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Awam Daerah Bera
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tgh
Tokoh Perasmi : YB. Norol Azali bin Sulaiman (ADUN Kawasan Guai) (Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

02. YB. Norol Azali bin Sulaiman menandatangan plak Perasmian Galeri Foto Sejarah Daerah Bera, sambil diperhatikan oleh Puan Hajah Faridzah binti Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Turut hadir:
1. YH Dato’ Haji Zainuddin bin Haji Jumaat (Setiausaha Kehormat-Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang)
2. YH Dato’ Haji Abdul Rahman bin Imam Arshad (Bendahari Kehormat -Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang)
3. YH Dato’ Aripin Said (Tokoh Sastarawan Daerah Bera)

Pelajar sekolah dan guru:
1. SMK Mengkarak 40 orang
2. SMK Bandar Kerayong 28 orang
3. SMK Seri Bera 40 orang
4. SK Tembangau 6 orang
5. SK Bukit Rok 6 orang
6. SK Bukit Mendi 6 orang
7. SK Rentam 6 orang
8. SK Kerayong Jaya 6 orang
9. SK Purun 6 orang
10. Tadka Bandar Kerayong 40 orang

Jumlah kehadiran: 180 orang

Aturcara Majlis

8.30 pg.:Ketibaan Tetamu ; Pendaftaran peserta
9.00 pg.:Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
    :Kuiz Perpustakaan
:Kempen keahlian PAD Bera & Desa/ Pinjaman Kelompok PAD Bera/ u-Pustaka
   :Pameran
   :Explorace Kids
:Resensi Buku
10.00 pg:Persembahan pupet
10.50 pg.:Ketibaan Dif-dif jemputan
11:00 pg:Ketibaan YB. Norol Azali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai
: Nyanyian Lagu:
-Negaraku
-Budaya Membaca
:Bacaan Doa
:Ucapan Aluan oleh Puan Hajah Faridzah binti Jaafar, AMP. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
:Ucapan Perasmian oleh YB. Norol Azali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai
:Penyampaian Cenderamata Penghargaan kepada  Tokoh Sastera Daerah Bera 2012
:Lawatan Perasmian Ke Galeri Foto Sejarah Bera
12.30 tgh
:Jamuan
 :Majlis Bersurai


03. Pameran lukisan, jualan lukisan dan demonstrasi melukis oleh Encik Osman Limat Pelukis Pahang.

Pameran:
1. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang
2. Dewan Persuratan Melayu Pahang
3. u-Pustaka

Monday, September 3, 2012

Cerita dalam gambar | Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1 Malaysia DUN Guai

Corat coret sekitar Majlis Ramah Mesra Aidilfitri DUN Guai pada 25 Ogos 2012. Bicara dalam gambar...







Wednesday, August 29, 2012

Jamuan Hari Raya aidilfitri 2012 Dun Guai

Pada 25 Ogos 2012 Yang Berhormat Encik Norol Azali Adun Kawasan Guai telah mengadakan jamuan hari raya di Dewan Padang Luas. Ramai yang hadir.
gambar ini dipetik dari Akhbar Sinar Harian bertarikh 29 Ogos 2012.

Urusetia jamuan pada hari itu semua berbaju biru. Turut hadir pada hari tersebut adalah Aripin Said yang turut mempersembahkan ketukkan gendangnya. Tidak ketinggalan juga Pegawai Daerah Bera yang baru.

Hidangan pada hari itu adalah nasi goreng, mee goreng, kutew goreng, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, laksa, cendol dan kerepek.

Lepas menghadiri jamuan hari raya Dun Guai ini, ada yang nak terus pergi kenduri dan ada yang nak ke jamuan hari raya di Lanchang.

Monday, August 27, 2012

Selamat Datang 'tenri sanaa'

Diucapkan selamat datang kepada TENRI SANAA' kerana berminat untuk menyertai kumpulan media Blog Dun Guai N37. Walaupun beliau tidak tinggal di kawasan Guai tetapi beliau adalah anak jati Durian Tawar yang sentiasa peka dengan perkembangan sosial, ekonomi dan politik orang-orang kawasan Guai.


Semoga kemunculan TENRI SANAA' akan menambahkan rasa pedas cili padi pada orang-orang yang inginkan perubahan dengan cara mereka sahaja.

Wednesday, August 1, 2012

Kehidupan seorang Yang Berhormat

Kehidupan YB dari kaca mata N D Lala.

Bangun pagi-pagi. Tamu dah menanti. Bukan nak cari kopi. Nak tanya pasal subsidi. Hai belum sempat sarapan. Dah ada pulak panggilan. Kaum kerabat orang kanan. Nak mintak surat sokongan.

Jam baru pukul 8. YB kena lawat kawasan. Tapi di tengah jalan. Pemudi tahan mintak bantuan. Disambut dengan kompang. Ayam itik pun banyaklah tumbang. Kemudian ditunjuk jalan berlubang.
Suruh YB segera timbang. Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri. Kalau YB tak pergi silap-silap nanti kurang undi.

Hai dalam sibuk-sibuk, orang sakit YB jenguk. Hai teruk ke tak teruk. Poket tetap YB kena seluk.

Ketika awal petang. Ada satu sidang, YB tak boleh tak datang. Takut nanti kerusi terbang. Sebelum senja ke padang bola. YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya "Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba. Ceramah jadi agenda. Kalau YB tak bersedia kena tanya mungkin ternganga.

Bila habis berceramah kampung lain YB singgah. bukan sekadar menjengok tapi nak tinjau masalah.

Walau dah lenguh badan YB balik ke cawangan. Di tanya orang harapan. Apakah strategi lawan. Lewat malam di gerai tepi jalan. YB berembun melayan kawan-kawan. Dengar pendapat dengar pandangan.

Sambil tu kena lah belanja makan. Sewaktu YB balik. Burung hantu pun rasa pelik. Isteri sendiri pun dah tak larat celik. Anak-anak pulak dah lama tergolek.

Selepas YB mandi. YB belek itu dan ini. Kemudian picit-picit dahi sendiri. Cari jalan nak tolong Pemudi. Hingga dinihari YB tak tido lagi. Esoknya pagi-pagi. Dah ada tamu menanti.

YB masih senyum.
Felda Kumai

Selamat Datang KEMBARA JIWA

Pihak saya mengucapkan selamat datang kepada Kembara Jiwa. Moga kita dapat sama-sama majukan Blog DUN Guai N37 ini untuk manafaat penduduk kawasan Guai, samada  yang berada di Guai atau di luar Guai.

Tuesday, July 31, 2012

Selamat Datang KEMBARA JIWA


Pihak pentadbir Blog DUN Guai N37 mengucapkan selamat datang kepada "Kembara Jiwa" kerana sudi berkongsi tugas bagi memeriahkan Blog DUN Guai N37. Semoga dengan kehadiran "Kembara Jiwa" Blog DUN Guai N37 akan dapat menyalurkan pelbagai maklumat semasa yang diperlukan oleh penduduk Kawasan Guai.

Blog DUN Guai N37 juga akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Yang Berhormat Encik Norol Azali bin Sulaiman sebagai ADUN Guai.


Blog DUN Guai N37 juga diharapkan dapat menjadi salah satu saluran untuk penduduk Kawasan Guai menyuarakan hasrat dan keperluan semasa. Yang Berhormat Encik Norol Azali sebagai ADUN Guai akan berusaha menyelesaikan keperluan penduduk Guai. Mana-mana perkara yang luar bidang kuasa, beliau akan menyuarakan kepada pihak yang berkenaan.
Semoga kita SATU HATI.
----------------------------------------------
Sama-sama juga kita mengembara mencari diri kita melalui kata hati. Supaya kita kenal diri dengan merata barulah kita kenal Allah dengan nyata.

KEMBARA MENCARI JIWA

Sedikit kembara yang aku cari
Di rantau tanahku yang asing

Aku lihat segala keindahan
sedikit tercalar dalam kealpaan insan
ku capai sedikit jiwa tetamu Allah

Mungkin langkahku terlewat
Mencari kelibat diriku yang keliru

Lantas aku bertamu ke rumah Allah
Menyusuri malam bersama zikir redha
Di dataran lantai marmar putih

Jiwa aku makin tenang
Dalam kembara ku temui redhaNYA

Ku temui pasrah dalam zikir dan munajat
Bertafakur sehingga lena
Atas sejadah sebagai tetamu tetamu Allah

Subuh pantas mengejutku
Membuang lengah membuang sejuk

Kudus hati dalam perantauan
Ku panjatkan seribu kesyukuran
Kebelengguan terbalas senyuman
Di tanah asal, tanah airku
Dalam kembara yang singkat


Puisi Ekepresi Diri karya asal oleh alhaddads (2009)

Monday, July 30, 2012

Sifat bersederhana kelebihan Norol Azali

Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dijangka terus kukuh di kersui DUN berkenaan sekiranya beliau masih dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke13, kali ini.

Seorang pengundi, Shahide Salihin, 25 berkata, Norol Azali adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat dan sering turun padang untuk melihat perkembangan semasa rakyat. Menurutnya, sikapnya yang lebih 'selamba' apabila berada dalam satu-satu aktiviti atau program membuatkan rakyat cepat mesra dengan beliau.

“Beliau memang cepat mesra dengan rakyat, lebih-lebih lagi dengan belia di daerah ini. 

“Pada pandangan peribadi saya, beliau juga banyak meluangkan masa bersama belia, mengambil perhatian dengan masalah-masalah termasuk sering mengajak belia untuk mengadakan kepelbagaian aktiviti,” katanya.

Shahide berkata, sememangnya ketika ini, seseorang pemimpin wajar mendekati belia memandangkan jiwa mereka sering mencuba sesuatu yang baru malah mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Katanya, ada segelintir belia yang mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang sehinggakan tidak tahu memilih mana yang terbaik untuk mereka.

“Tidak dinafikan, pengundi saluran tiga dan empat ini mempunyai terlalu banyak keinginan dan ada masanya, keinginan mereka itu dieksploitasi pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.

“Padahal, saya yakin, kerajaan tidak pernah mengabaikan belia malah sanggup mengikut trend terkini dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mereka sedar bahawa BN sebuah kerajaan yang prihatin dengan rakyatnya,” katanya.
 
Shahide yang juga Pengerusi Kelab Rakan Muda berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beliau yakin BN akan mengulangi kemenangan seperti sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Norol Azali diyakini tetap stabil di Dun Guai apabila sentiasa menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Kepayang , Nasir Yaacob berkata, Norol Azali masih layak dicalonkan kerana beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat.

Katanya, setiap masalah atau isu yang disuarakan, sering mendapat maklum balas dengan segera dan diselesaikan secepat mungkin.

“Beliau (Norol Azali) memang cepat mengambil tindakan terhadap manamana isu atau masalah di kawasannya.

“Cuma yang membezakannya, sama ada ia diselesaikan dalam tempoh cepat atau lambat sahaja dan itu bukanlah masalah yang besar kepada pengundi,” katanya.

Nasir berkata, beliau juga sering masuk ke kampung-kampung pada setiap hari Jumaat dalam aktiviti Lawatan Kawasan untuk bersolat Jumaat bersama penduduk selain bertemu penduduk untuk mengetahui sebarang masalah.

Katanya, aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir di setiap kampung dalam Dun Guai dan apa yang dilakukan beliau ini sering mendapat pujian daripada pengundi.

“Pemimpin seperti ini yang rakyat mahu sebagai wakil mereka,” kata beliau.

Sumber: sinarharian.com.my (Petikan Laporan Khas Sinar Harian:)

Sunday, July 29, 2012

KEMBARA JALUR LEBAR @ PJK Durian Tawar


Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi Program : PJK Kampung Durian Tawar
Jumlah Pengunjung : 131 orang
Jumlah Ahli Baru Mendaftar : 3 orang

Tetamu Jemputan :
  • YB EN NOROL AZALI BIN SULAIMAN
    Ahli Dewan Undangan Negeri GUAI
  • EN NAZARUDDIN BIN ABU BAKAR
    Wakil Telekom Malaysia
  • EN KHALID BIN ABU HANIFAH
    Penghulu Mukim Triang 2
  • SM MOHD ALI BIN MANSOR
    Ketua Balai Polis Mengkarak
  • EN FITRI
    Wakil Pejabat Penerangan Daerah Bera
  • EN MD YUSOF BIN GHANI
    Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Durian Tawar
  • EN RUSLI BIN MAT NOH
    Pengerusi jkkk Kg. Jelam
  • TUAN HAJI JOSI BIN YASSIN
Sumber: kembara.pjk.com.my

Terima kasih

Terima kasih kepada admin DUN Guai N37 kerana menjemput kami menjadi penulis dalam blog DUN Guai N37 [n37guai.blogspot.com]

Semoga kita akan sama memperbanyakkan info untuk penduduk Kawasan Guai Parlimen Bera.

Thursday, July 26, 2012

Majlis Pengurniaan Sumbangan dan Berbuka Puasa Bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang

Tanggal 25 Julai 2012 bersamaan 5 Ramadhan 1433 Hijrah, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah berkenan bercemar duli berbuka puasa bersama rakyat Kampung Kuala Bera dan sekaligus berkenan mengurniakan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Antara kenamaan yang hadir adalah Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob, ADUN Guai, YB Norol Azali bin Sulaiman dan ADUN Kemayan, YB Mohd Fadhil Osman. Majlis turut dimeriahkan oleh rakyat Kuala Bera yang beramai-ramai menjamu selera berbuka bersama KDYTM di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Bera.


KDYTM Tengku Muda Pahang berkenan mempersembahkan ucapan sambil  diperhati oleh YB Norol Azali. Turut kelihatan YB Dato' Seri Ismail Sabri.

YB Norol Azali sedang mempersembahkan ucapannya


KDYTM Tengku Muda Pahang bercemar duli mengurniakan sumbangan dengan diiringi oleh YB Norol Azali dan YB Dato' Seri Ismail Sabri


KDYTM Tengku Puan Pahang turut berkenan mengurniakan sumbangan.
Sesungguhnya keprihatinan Tuanku sekeluarga amat dihargai oleh rakyat Bera khasnya dan seluruh rakyat Negeri Pahang amnya. 

Saturday, July 7, 2012

Adun Guai Bapa Angkat Kontinjen Brunei

Sempena Sukma Pahang 2012, sebanyak 15 orang Adun telah dilantik sebagai Bapa Angkat kepada kontinjen yang datang bertanding ke Pahang. Bagi Adun Guai, YB NOROLAZALI BIN SULAIMAN telah ditugaskam menjadi Bapa Angkat kepada kontijen Negara Brunei.
sumber gambar: bn.nykom.com/kutip-empat-pingat-gangsa-di-sukma-xv

Nampak gayanya orang Guai akan makin akrab dengan orang Brunei. Boleh la kita saling lawat melawati. Sebenarnya memang pun kita bersedara dengan orang Brunei kalau nak cerita dari sudut sejarah keturunan.

Pada 16 Julai 2012,Kontinjen Negara Brunei Darussalam di Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 telah mengadakan Majlis Jamuan Penghargaan di Hotel The Zenith Kuantan.

Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah terutama kepada jabatan angkat di atas layanan yang diberikan sama ada di Kuantan atau di Temerloh dalam sama-sama menjayakan kejohanan ini.

Turut hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Guai, YB Encik Norol Azali bin Sulaiman berserta pegawai dari Majlis Sukan Pahang dan Jabatan Perhutanan Kuantan.

Semasa Sukan Malaysia XV kontinjen negara hanya memperolehi empat pingat gangsa menerusi acara Lumba Basikal dan Pencak Silat

Lain -lain adun yang terpilih sebagai bapa angkat adalah:

ADUN CHINI
ADUN DAMAK
ADUN JENDERAK
ADUN JENGKA
ADUN KEMAYAN
ADUN KERDAU
ADUN KETARI
ADUN LEPAR
ADUN LUIT
ADUN MENTAKAB
ADUN PERAMU JAYA
ADUN PULAU TAWAR
ADUN SUNGAI LEMBING
ADUN TAHAN

Sumber:
sukanmalaysia2012.pahang.my (bapa-angkat)
berita-utama.971100.n3.nabble.com (jamuan-penghargaan)
bn.nykom.com (jamuan-penghargaan)
bn.nykom.com (kutip-empat-pingat-gangsa-di-sukma-xv)

Tuesday, June 19, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Kerajaan Negeri Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64 tahun, SIMP., DSAP., DIMP., AMP., ANS., PJK. meninggal dunia sekitar jam 8.55 pagi tadi setelah dilaporkan kritikal dan berada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sejak 8 Jun lalu.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin dimasukkan ke Hospital Temerloh setelah mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah dikatakan akibat tersalah makan.

Pada hari tersebut juga Datuk Tan Mohd. Aminuddin ditempatkan di wad ICU hospital tersebut setelah mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Ketua Umno Bahagian Maran yang terkenal dengan panggilan Dato’ Tan, beliau mulai dipilih sebagai Adun Chenor pada pilihan raya umum 1990 setelah menggantikan tempat Allahyarham Datuk Mahmud Mat.

Sebelum itu Datuk Tan Mohd. Aminuddin merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin juga pernah diangkat sebagai Timbalan kepada Menteri Besar Pahang, tetapi tidak dilantik semula oleh Datuk Sri Adnan Yaakob selepas PRU 2008.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin adalah Exco kanan Kerajaan Negeri Pahang berusia 64 tahun itu meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

sumber gambar dan berita : adun-chenor-meninggal-dunia

Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Coral Speaking Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Bera

Petikah: 13 Jun 2012

Dewan Orang Ramai Felda Mayam,27 Jun 2012.Pejabat Pelajaran Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Coral Speaking Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Bera.Pusat Kegiatan Guru Daerah Bera telah dilantik sebagai Jawatankuasa rakaman dan siaraya.

Sebanyak .8 buah sekolah di dalam daerah bera telah mengambil bahagian.Okjektif utama pertandingan adalah untuk mencari wakil yang akan mewakili daerah Bera di dalam pertandingan peringkat negeri Pahang yang diadakan di daerah Bentong.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Norol Azali bin Sulaiman yang juga selaku ADUN bagi kawasan Guai.

Sumber: btpnpahang.moe.edu.my

Tuesday, May 22, 2012

3000 berkonvoi ke Himpunan Jutaan Belia

Pengerusi Belia Negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, pihaknya akan menghantar wakil minimum 40 orang dari setiap daerah di Pahang untuk menyertai program  Himpunan Jutaan Belia.




Sumber gambar: malaysiandigest.com (photo-gallery-himpunan-jutaan-belia)

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang serta Majlis Belia Pahang (MBP) akan mengambil bahagian dengan menyediakan Pavilion Khas Negeri Pahang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai berkata, Pavilion berkenaan akan mempromosikan Sukan Malaysia (Sukma) dan juga aktiviti kebudayaan, belia Pahang dan sukan.

“MBN Pahang turut mempromosikan Himpunan Jutaan Belia melalui edaran risalah ke seluruh Negeri Pahang melalui Kembara Youth Festival (Yo! Fest) pada 11 hingga 13 Mei lalu.

“MBN juga memulakan momentum yang besar di kalangan belia Pahang bagi menyahut seruan Himpunan Jutaan Belia berkenaan dengan menganjurkan Karnival Yo! Fest 2012 di Indera Mahkota, di sini, yang berjaya menghimpunkan hampir 100,000 pengunjung pada 18 hingga 20 Mei, baru-baru ini,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Thursday, March 22, 2012

Pengerusi BN Parlimen Bera optimis dengan DUN Guai

Pengerusi BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera di sini baru-baru ini berkata,
bahawa "kita optimis bahawa DUN Guai yang disandang oleh Nurol Azali Sulaiman kekal milik BN".
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Norol Azali Sulaiman; Ketua Penerangan UMNO Bera, Mat Jidi Yaakob; Pengerusi MCA Bera, Datuk Tang Hock Lok; Pengerusi MIC Bera R.Goonasakaren; Pengerusi Gerakan Bera, Ng Beng Bond dan Pengerusi PPP Bera, R. Gunasegaran.

Parlimen Bera perlu diketegorikan sebagai kawasan putih, sekali gus sebagai penyumbang kepada KPI UMNO Pahang yang meletakkan calon boleh menang di sesuatu kawasan.

Barisan Nasional (BN) Bera bertekad menawan kubu kuat DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) kemenangan kerusi dalam Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Sumber: utusan.com.my