Thursday, March 22, 2012

Pengerusi BN Parlimen Bera optimis dengan DUN Guai

Pengerusi BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera di sini baru-baru ini berkata,
bahawa "kita optimis bahawa DUN Guai yang disandang oleh Nurol Azali Sulaiman kekal milik BN".
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Norol Azali Sulaiman; Ketua Penerangan UMNO Bera, Mat Jidi Yaakob; Pengerusi MCA Bera, Datuk Tang Hock Lok; Pengerusi MIC Bera R.Goonasakaren; Pengerusi Gerakan Bera, Ng Beng Bond dan Pengerusi PPP Bera, R. Gunasegaran.

Parlimen Bera perlu diketegorikan sebagai kawasan putih, sekali gus sebagai penyumbang kepada KPI UMNO Pahang yang meletakkan calon boleh menang di sesuatu kawasan.

Barisan Nasional (BN) Bera bertekad menawan kubu kuat DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) kemenangan kerusi dalam Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Sumber: utusan.com.my