Tuesday, May 22, 2012

3000 berkonvoi ke Himpunan Jutaan Belia

Pengerusi Belia Negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, pihaknya akan menghantar wakil minimum 40 orang dari setiap daerah di Pahang untuk menyertai program  Himpunan Jutaan Belia.




Sumber gambar: malaysiandigest.com (photo-gallery-himpunan-jutaan-belia)

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang serta Majlis Belia Pahang (MBP) akan mengambil bahagian dengan menyediakan Pavilion Khas Negeri Pahang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai berkata, Pavilion berkenaan akan mempromosikan Sukan Malaysia (Sukma) dan juga aktiviti kebudayaan, belia Pahang dan sukan.

“MBN Pahang turut mempromosikan Himpunan Jutaan Belia melalui edaran risalah ke seluruh Negeri Pahang melalui Kembara Youth Festival (Yo! Fest) pada 11 hingga 13 Mei lalu.

“MBN juga memulakan momentum yang besar di kalangan belia Pahang bagi menyahut seruan Himpunan Jutaan Belia berkenaan dengan menganjurkan Karnival Yo! Fest 2012 di Indera Mahkota, di sini, yang berjaya menghimpunkan hampir 100,000 pengunjung pada 18 hingga 20 Mei, baru-baru ini,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my