Tuesday, June 19, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Kerajaan Negeri Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64 tahun, SIMP., DSAP., DIMP., AMP., ANS., PJK. meninggal dunia sekitar jam 8.55 pagi tadi setelah dilaporkan kritikal dan berada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sejak 8 Jun lalu.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin dimasukkan ke Hospital Temerloh setelah mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah dikatakan akibat tersalah makan.

Pada hari tersebut juga Datuk Tan Mohd. Aminuddin ditempatkan di wad ICU hospital tersebut setelah mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Ketua Umno Bahagian Maran yang terkenal dengan panggilan Dato’ Tan, beliau mulai dipilih sebagai Adun Chenor pada pilihan raya umum 1990 setelah menggantikan tempat Allahyarham Datuk Mahmud Mat.

Sebelum itu Datuk Tan Mohd. Aminuddin merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin juga pernah diangkat sebagai Timbalan kepada Menteri Besar Pahang, tetapi tidak dilantik semula oleh Datuk Sri Adnan Yaakob selepas PRU 2008.

Datuk Tan Mohd. Aminuddin adalah Exco kanan Kerajaan Negeri Pahang berusia 64 tahun itu meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

sumber gambar dan berita : adun-chenor-meninggal-dunia

Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Coral Speaking Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Bera

Petikah: 13 Jun 2012

Dewan Orang Ramai Felda Mayam,27 Jun 2012.Pejabat Pelajaran Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Coral Speaking Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Bera.Pusat Kegiatan Guru Daerah Bera telah dilantik sebagai Jawatankuasa rakaman dan siaraya.

Sebanyak .8 buah sekolah di dalam daerah bera telah mengambil bahagian.Okjektif utama pertandingan adalah untuk mencari wakil yang akan mewakili daerah Bera di dalam pertandingan peringkat negeri Pahang yang diadakan di daerah Bentong.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Norol Azali bin Sulaiman yang juga selaku ADUN bagi kawasan Guai.

Sumber: btpnpahang.moe.edu.my