Tuesday, July 31, 2012

Selamat Datang KEMBARA JIWA


Pihak pentadbir Blog DUN Guai N37 mengucapkan selamat datang kepada "Kembara Jiwa" kerana sudi berkongsi tugas bagi memeriahkan Blog DUN Guai N37. Semoga dengan kehadiran "Kembara Jiwa" Blog DUN Guai N37 akan dapat menyalurkan pelbagai maklumat semasa yang diperlukan oleh penduduk Kawasan Guai.

Blog DUN Guai N37 juga akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Yang Berhormat Encik Norol Azali bin Sulaiman sebagai ADUN Guai.


Blog DUN Guai N37 juga diharapkan dapat menjadi salah satu saluran untuk penduduk Kawasan Guai menyuarakan hasrat dan keperluan semasa. Yang Berhormat Encik Norol Azali sebagai ADUN Guai akan berusaha menyelesaikan keperluan penduduk Guai. Mana-mana perkara yang luar bidang kuasa, beliau akan menyuarakan kepada pihak yang berkenaan.
Semoga kita SATU HATI.
----------------------------------------------
Sama-sama juga kita mengembara mencari diri kita melalui kata hati. Supaya kita kenal diri dengan merata barulah kita kenal Allah dengan nyata.

KEMBARA MENCARI JIWA

Sedikit kembara yang aku cari
Di rantau tanahku yang asing

Aku lihat segala keindahan
sedikit tercalar dalam kealpaan insan
ku capai sedikit jiwa tetamu Allah

Mungkin langkahku terlewat
Mencari kelibat diriku yang keliru

Lantas aku bertamu ke rumah Allah
Menyusuri malam bersama zikir redha
Di dataran lantai marmar putih

Jiwa aku makin tenang
Dalam kembara ku temui redhaNYA

Ku temui pasrah dalam zikir dan munajat
Bertafakur sehingga lena
Atas sejadah sebagai tetamu tetamu Allah

Subuh pantas mengejutku
Membuang lengah membuang sejuk

Kudus hati dalam perantauan
Ku panjatkan seribu kesyukuran
Kebelengguan terbalas senyuman
Di tanah asal, tanah airku
Dalam kembara yang singkat


Puisi Ekepresi Diri karya asal oleh alhaddads (2009)

Monday, July 30, 2012

Sifat bersederhana kelebihan Norol Azali

Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dijangka terus kukuh di kersui DUN berkenaan sekiranya beliau masih dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke13, kali ini.

Seorang pengundi, Shahide Salihin, 25 berkata, Norol Azali adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat dan sering turun padang untuk melihat perkembangan semasa rakyat. Menurutnya, sikapnya yang lebih 'selamba' apabila berada dalam satu-satu aktiviti atau program membuatkan rakyat cepat mesra dengan beliau.

“Beliau memang cepat mesra dengan rakyat, lebih-lebih lagi dengan belia di daerah ini. 

“Pada pandangan peribadi saya, beliau juga banyak meluangkan masa bersama belia, mengambil perhatian dengan masalah-masalah termasuk sering mengajak belia untuk mengadakan kepelbagaian aktiviti,” katanya.

Shahide berkata, sememangnya ketika ini, seseorang pemimpin wajar mendekati belia memandangkan jiwa mereka sering mencuba sesuatu yang baru malah mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Katanya, ada segelintir belia yang mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang sehinggakan tidak tahu memilih mana yang terbaik untuk mereka.

“Tidak dinafikan, pengundi saluran tiga dan empat ini mempunyai terlalu banyak keinginan dan ada masanya, keinginan mereka itu dieksploitasi pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.

“Padahal, saya yakin, kerajaan tidak pernah mengabaikan belia malah sanggup mengikut trend terkini dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mereka sedar bahawa BN sebuah kerajaan yang prihatin dengan rakyatnya,” katanya.
 
Shahide yang juga Pengerusi Kelab Rakan Muda berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beliau yakin BN akan mengulangi kemenangan seperti sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Norol Azali diyakini tetap stabil di Dun Guai apabila sentiasa menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Kepayang , Nasir Yaacob berkata, Norol Azali masih layak dicalonkan kerana beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat.

Katanya, setiap masalah atau isu yang disuarakan, sering mendapat maklum balas dengan segera dan diselesaikan secepat mungkin.

“Beliau (Norol Azali) memang cepat mengambil tindakan terhadap manamana isu atau masalah di kawasannya.

“Cuma yang membezakannya, sama ada ia diselesaikan dalam tempoh cepat atau lambat sahaja dan itu bukanlah masalah yang besar kepada pengundi,” katanya.

Nasir berkata, beliau juga sering masuk ke kampung-kampung pada setiap hari Jumaat dalam aktiviti Lawatan Kawasan untuk bersolat Jumaat bersama penduduk selain bertemu penduduk untuk mengetahui sebarang masalah.

Katanya, aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir di setiap kampung dalam Dun Guai dan apa yang dilakukan beliau ini sering mendapat pujian daripada pengundi.

“Pemimpin seperti ini yang rakyat mahu sebagai wakil mereka,” kata beliau.

Sumber: sinarharian.com.my (Petikan Laporan Khas Sinar Harian:)

Sunday, July 29, 2012

KEMBARA JALUR LEBAR @ PJK Durian Tawar


Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi Program : PJK Kampung Durian Tawar
Jumlah Pengunjung : 131 orang
Jumlah Ahli Baru Mendaftar : 3 orang

Tetamu Jemputan :
  • YB EN NOROL AZALI BIN SULAIMAN
    Ahli Dewan Undangan Negeri GUAI
  • EN NAZARUDDIN BIN ABU BAKAR
    Wakil Telekom Malaysia
  • EN KHALID BIN ABU HANIFAH
    Penghulu Mukim Triang 2
  • SM MOHD ALI BIN MANSOR
    Ketua Balai Polis Mengkarak
  • EN FITRI
    Wakil Pejabat Penerangan Daerah Bera
  • EN MD YUSOF BIN GHANI
    Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Durian Tawar
  • EN RUSLI BIN MAT NOH
    Pengerusi jkkk Kg. Jelam
  • TUAN HAJI JOSI BIN YASSIN
Sumber: kembara.pjk.com.my

Terima kasih

Terima kasih kepada admin DUN Guai N37 kerana menjemput kami menjadi penulis dalam blog DUN Guai N37 [n37guai.blogspot.com]

Semoga kita akan sama memperbanyakkan info untuk penduduk Kawasan Guai Parlimen Bera.

Thursday, July 26, 2012

Majlis Pengurniaan Sumbangan dan Berbuka Puasa Bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang

Tanggal 25 Julai 2012 bersamaan 5 Ramadhan 1433 Hijrah, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang bersama Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah berkenan bercemar duli berbuka puasa bersama rakyat Kampung Kuala Bera dan sekaligus berkenan mengurniakan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Antara kenamaan yang hadir adalah Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob, ADUN Guai, YB Norol Azali bin Sulaiman dan ADUN Kemayan, YB Mohd Fadhil Osman. Majlis turut dimeriahkan oleh rakyat Kuala Bera yang beramai-ramai menjamu selera berbuka bersama KDYTM di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Bera.


KDYTM Tengku Muda Pahang berkenan mempersembahkan ucapan sambil  diperhati oleh YB Norol Azali. Turut kelihatan YB Dato' Seri Ismail Sabri.

YB Norol Azali sedang mempersembahkan ucapannya


KDYTM Tengku Muda Pahang bercemar duli mengurniakan sumbangan dengan diiringi oleh YB Norol Azali dan YB Dato' Seri Ismail Sabri


KDYTM Tengku Puan Pahang turut berkenan mengurniakan sumbangan.
Sesungguhnya keprihatinan Tuanku sekeluarga amat dihargai oleh rakyat Bera khasnya dan seluruh rakyat Negeri Pahang amnya. 

Saturday, July 7, 2012

Adun Guai Bapa Angkat Kontinjen Brunei

Sempena Sukma Pahang 2012, sebanyak 15 orang Adun telah dilantik sebagai Bapa Angkat kepada kontinjen yang datang bertanding ke Pahang. Bagi Adun Guai, YB NOROLAZALI BIN SULAIMAN telah ditugaskam menjadi Bapa Angkat kepada kontijen Negara Brunei.
sumber gambar: bn.nykom.com/kutip-empat-pingat-gangsa-di-sukma-xv

Nampak gayanya orang Guai akan makin akrab dengan orang Brunei. Boleh la kita saling lawat melawati. Sebenarnya memang pun kita bersedara dengan orang Brunei kalau nak cerita dari sudut sejarah keturunan.

Pada 16 Julai 2012,Kontinjen Negara Brunei Darussalam di Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 telah mengadakan Majlis Jamuan Penghargaan di Hotel The Zenith Kuantan.

Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah terutama kepada jabatan angkat di atas layanan yang diberikan sama ada di Kuantan atau di Temerloh dalam sama-sama menjayakan kejohanan ini.

Turut hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Guai, YB Encik Norol Azali bin Sulaiman berserta pegawai dari Majlis Sukan Pahang dan Jabatan Perhutanan Kuantan.

Semasa Sukan Malaysia XV kontinjen negara hanya memperolehi empat pingat gangsa menerusi acara Lumba Basikal dan Pencak Silat

Lain -lain adun yang terpilih sebagai bapa angkat adalah:

ADUN CHINI
ADUN DAMAK
ADUN JENDERAK
ADUN JENGKA
ADUN KEMAYAN
ADUN KERDAU
ADUN KETARI
ADUN LEPAR
ADUN LUIT
ADUN MENTAKAB
ADUN PERAMU JAYA
ADUN PULAU TAWAR
ADUN SUNGAI LEMBING
ADUN TAHAN

Sumber:
sukanmalaysia2012.pahang.my (bapa-angkat)
berita-utama.971100.n3.nabble.com (jamuan-penghargaan)
bn.nykom.com (jamuan-penghargaan)
bn.nykom.com (kutip-empat-pingat-gangsa-di-sukma-xv)