Wednesday, August 29, 2012

Jamuan Hari Raya aidilfitri 2012 Dun Guai

Pada 25 Ogos 2012 Yang Berhormat Encik Norol Azali Adun Kawasan Guai telah mengadakan jamuan hari raya di Dewan Padang Luas. Ramai yang hadir.
gambar ini dipetik dari Akhbar Sinar Harian bertarikh 29 Ogos 2012.

Urusetia jamuan pada hari itu semua berbaju biru. Turut hadir pada hari tersebut adalah Aripin Said yang turut mempersembahkan ketukkan gendangnya. Tidak ketinggalan juga Pegawai Daerah Bera yang baru.

Hidangan pada hari itu adalah nasi goreng, mee goreng, kutew goreng, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, laksa, cendol dan kerepek.

Lepas menghadiri jamuan hari raya Dun Guai ini, ada yang nak terus pergi kenduri dan ada yang nak ke jamuan hari raya di Lanchang.

Monday, August 27, 2012

Selamat Datang 'tenri sanaa'

Diucapkan selamat datang kepada TENRI SANAA' kerana berminat untuk menyertai kumpulan media Blog Dun Guai N37. Walaupun beliau tidak tinggal di kawasan Guai tetapi beliau adalah anak jati Durian Tawar yang sentiasa peka dengan perkembangan sosial, ekonomi dan politik orang-orang kawasan Guai.


Semoga kemunculan TENRI SANAA' akan menambahkan rasa pedas cili padi pada orang-orang yang inginkan perubahan dengan cara mereka sahaja.

Wednesday, August 1, 2012

Kehidupan seorang Yang Berhormat

Kehidupan YB dari kaca mata N D Lala.

Bangun pagi-pagi. Tamu dah menanti. Bukan nak cari kopi. Nak tanya pasal subsidi. Hai belum sempat sarapan. Dah ada pulak panggilan. Kaum kerabat orang kanan. Nak mintak surat sokongan.

Jam baru pukul 8. YB kena lawat kawasan. Tapi di tengah jalan. Pemudi tahan mintak bantuan. Disambut dengan kompang. Ayam itik pun banyaklah tumbang. Kemudian ditunjuk jalan berlubang.
Suruh YB segera timbang. Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri. Kalau YB tak pergi silap-silap nanti kurang undi.

Hai dalam sibuk-sibuk, orang sakit YB jenguk. Hai teruk ke tak teruk. Poket tetap YB kena seluk.

Ketika awal petang. Ada satu sidang, YB tak boleh tak datang. Takut nanti kerusi terbang. Sebelum senja ke padang bola. YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya "Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba. Ceramah jadi agenda. Kalau YB tak bersedia kena tanya mungkin ternganga.

Bila habis berceramah kampung lain YB singgah. bukan sekadar menjengok tapi nak tinjau masalah.

Walau dah lenguh badan YB balik ke cawangan. Di tanya orang harapan. Apakah strategi lawan. Lewat malam di gerai tepi jalan. YB berembun melayan kawan-kawan. Dengar pendapat dengar pandangan.

Sambil tu kena lah belanja makan. Sewaktu YB balik. Burung hantu pun rasa pelik. Isteri sendiri pun dah tak larat celik. Anak-anak pulak dah lama tergolek.

Selepas YB mandi. YB belek itu dan ini. Kemudian picit-picit dahi sendiri. Cari jalan nak tolong Pemudi. Hingga dinihari YB tak tido lagi. Esoknya pagi-pagi. Dah ada tamu menanti.

YB masih senyum.
Felda Kumai

Selamat Datang KEMBARA JIWA

Pihak saya mengucapkan selamat datang kepada Kembara Jiwa. Moga kita dapat sama-sama majukan Blog DUN Guai N37 ini untuk manafaat penduduk kawasan Guai, samada  yang berada di Guai atau di luar Guai.