Wednesday, January 30, 2013

Kesungguhan pasukan sukarelawan Pejabat Perdana Menteri di DUN Guai

 sumber gambar: utusan.com.my



Kesungguhan pasukan sukarelawan Pejabat Perdana Menteri melangkaui sempadan negeri dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Nurol Azali Sulaiman berkata, jika terdapat lebih ramai sukarelawan yang mempunyai semangat seperti kakitangan Pejabat Perdana Menteri itu, pastinya hubungan dengan masyarakat luar bandar dapat dirapatkan.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Nurol Azali Sulaiman gembira kerana kawasan Guai dipilih bagi melaksanakan tanggungjawab sosial pasukan sukarelewan ini.

Program seperti itu dapat mendedahkan kehidupan masyarakat desa seperti kebudayaan, masakan dan pertuturan yang mungkin asing kepada masyarakat luar.

Pada majlis itu, Nurol Azali turut mempromosikan keranda pasang siap yang dicipta oleh penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Alor Setar bagi menjimatkan masa dan memudahkan urusan pengkebumian jenazah.

Ilham mencipta keranda pasang siap ini datang daripada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat negara ini berfikir dari sudut yang bebas.

Keranda itu yang mampu menampung berat sehingga 150 kilogram turut dibekalkan dengan kain kapan dan kapur barus.

IKM yang menjadi inkubator bagi mempromosikan keranda pasang siap itu telah melantik Koperasi Islamik Malaysia (KIM) untuk memasarkan keranda tersebut kepada umat Islam di negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121218/wp_02/Wajar-dicontohi-semua-pihak---ADUN-Guai#ixzz2ICeDHzHW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, January 23, 2013

CALON BN PAHANG YANG DIGUGURKAN DALAM PRU13

Adakah ini masih terlalu awal untuk kita membicarakan tajuk ini. Atau pun tajuk ini sudah tidak memberikan kesan lagi. Ketentuan siapakan, siapa yang akan dicalonkan dan siapa yang akan digugurkan?

N24 LUIT
GUGUR: Ahmad Munawar Abdul Jalil
GANTI: Nurhidayah Shahaimi (Muka baharu)

N40 BUKIT IBAM
GUGUR: Mohamad Sahfri Ab Aziz
GANTI: Wan Khadri Wan Mahussain (Muka baharu)

N22 BEBAR
GUGUR: Ishak Muhamad
GANTI: Ibrahim Awang Ismail (Berpindah dari N21 Peramu Jaya)

 P80 RAUB
GUGUR: Ng Yen Yen
GANTI: Datuk Hoh Khai Mun (Bertukar dari DUN)

P81 JERANTUT
GUGUR: Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
GANTI: Ahmad Nazlan Idris (Muka baharu)

------------------------------------------------
BN Pahang umum pertukaran calon Parlimen dan DUN
2013/04/18 - 15:55:45 PM
------------------------------------------------

P79 LIPIS 
CALON GUGUR: Mohamad Shahrum Osman (Penyandang)
CALON GANTI: Abdul Rahman Mohamad (Asal Calon N3)

N3 PADANG TENGKU 
 CALON GUGUR: Abdul Rahman Mohamad (Penyandang)
CALON GANTI: Mustapa Long (Muka baru)

N22 BEBAR 

CALON GUGUR: Ibrahim Awang Ismail (Berpindah dari N21)
CALON GANTI: Mohd Fakruddin Mohd Arif (Muka baru)

Wednesday, January 16, 2013

Lawatan kakitangan Pejabat PM ke DUN Guai


Seramai 40 kakitangan Pejabat Perdana Menteri malaysia telah dibentuk menjadi pasukan sukarelawan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Pasukan ini telah ditubuhkan semenjak tiga tahun.

Pasukan sukarelawan PM ini bergerak menemui golongan kurang bernasib baik bagi menghulurkan sumbangan dan tenaga supaya mereka berasa terbela dan diingati.

Pada 17hb Disember 2012, pasukan sukarelawan Pejabat Perdana Menteri itu menyertai program gotong-royong sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai dalam Parlimen Bera.

Pasukan sukarelawan itu yang diketuai Datuk Mohd. Poad Jelani menjalankan aktiviti membersihkan tanah perkuburan Kampung Batu Papan serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin dan peserta majlis berkhatan yang melibatkan 37 kanak-kanak di Durian Tawar.

Ini adalah tahun ketiga pasukan sukarelawan ini menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekati rakyat miskin supaya kita dapat menyelami dan merasai sendiri kesusahan yang dialami golongan terbabit.

Dalam tempoh tiga tahun ini mereka telah menjalankan lebih 15 program menjelajah di beberapa daerah, antaranya membantu masyarakat miskin di Tawau, Pulau Tioman, Sabak Bernam.

Selain rakyat miskin, pasukan turut membantu mangsa bencana alam seperti mangsa banjir, melawat pesakit di hospital, gotong-royong membersihkan rumah orang tua dan rumah kebajikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121218/wp_01/Staf-Pejabat-PM-turun-padang-ke-DUN-Guai#ixzz2ICYeui6P
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, January 15, 2013

Pageviews by Countries 16.1.2013

Malaysia 1,858
Russia 106
United States 74
Germany 54
United Kingdom 23
Belgium 22

Indonesia 15
Hong Kong 13
Ukraine 9