Wednesday, February 27, 2013

Tengku Mahkota Pahang bersama OKU dan pesakit kronik di Kuala Bera

Rakyat di negeri ini perlu bijak merebut peluang dengan memanfaatkan segala sumber kekayaan yang ada bagi menambah pendapatan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, rakyat perlu berusaha lebih gigih bagi mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik dan bukannya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata.

Baginda bertitah sumber yang ada di bumi ini perlu dimanfaatkan kerana ia memberikan sumber pendapatan yang lumayan bagi membolehkan mereka hidup lebih berjaya.

"Kita perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai kehidupan sejahtera dan jangan membiarkan anak-anak dan cucu kita mewarisi kemiskinan yang ada pada hari ini.

''Bagaimanapun saya berharap rakyat perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang bagi mengelak pelbagai masalah timbul sehingga boleh menyusahkan semua pihak dalam usaha untuk mengubah kehidupan harian kita," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan untuk 200 penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik di Kuala Bera pada 26 Julai 2012.

Turut berangkat pada majlis itu, Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah dan dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Norul Azali Sulaiman dan ADUN Kemayan, Mohd. Fadzil Othman.

Baginda juga menggesa pemimpin tempatan supaya memainkan peranan dengan membantu pihak berkuasa mengatasi pelbagai masalah rakyat terutama dalam menghapuskan kadar kemiskinan.

"Hubungan baik dan erat antara pemimpin, rakyat serta kerajaan bukan sahaja dapat menyelesaikan segala masalah, malah segala rancangan dan dasar kerajaan berjalan lancar dan mencapai matlamat," titah baginda.

Baginda juga mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mengamalkan sikap toleransi seperti orang muda menghormati orang tua dan sebaliknya.

Sikap seumpama itu tegas baginda, akan menjadikan negara ini lebih maju, aman dan selamat.

Sumber:
http://m.utusan.com.my/Pahang/20120727/wp_01/Manfaatkan-sumber-kekayaan - Oleh ALI MAHMOOD

Sunday, February 24, 2013

Pantun Mengenal Diri 17

Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.

Saturday, February 23, 2013

Pantun Mengenal Diri 16

alan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir ddan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.

Friday, February 22, 2013

Pantun Mengenal Diri 15

Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.

Thursday, February 21, 2013

Pantun Mengenal Diri 14

Jadi olehmu mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.

Wednesday, February 20, 2013

Pantun Mengenal Diri 13

Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Tuesday, February 19, 2013

Pantun Mengenal Diri 12

Guru yang mursyid hendaklah dicari,
Itulah ulamak mewarisi Nabi,
Jika di situ ia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Monday, February 18, 2013

Pantun Mengenal Diri 11

Tatkala Adam dengan Hawa,
Dendam berahi antara keduanya,
Napi dan Isbat itulah Dia,
Kepada kita menjadi rahsia.

Sunday, February 17, 2013

Pantun Mengenal Diri 10

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.

Saturday, February 16, 2013

Dajal semakin kepanasan

Banyak gambar dan maklumat mengenai lawatan bersejarah orang Melayu pijak kaki di tempat asal nenek moyang mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan akal cerdik pandai puak Zionis.

Bila orang Melayu pijak kaki di bumi Palestin dan bertemu dengan saudara mereka di Palestin, apakah signifikasinya? Tak perlu jawablah buat masakini. Tapi puak Dajal semakin kepanasan.

sambung baca:
Signifikasi-DS-Najib-pijak-kaki

Friday, February 15, 2013

bagi tau apa yang kita patut buat ?

Ramai yang pandai nak bagi tau apa yang kita patut buat dalam hidup. Tapi belum pernah ada pihak yang memberitahu kepimpinan Majlis Peguam apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Institusi inilah telah dipelihara dan diberikan perlindungan oleh Parlimen melalui Akta Profesion Guaman.

Dengan harapan sebagai sebuah Institusi milik Rakyat ianya mampu menjadi pelindung dan benteng terakhir rakyat menyuarakan Hak-hak mereka dengan penuh Intergriti.

baca selanjutnya:
semaremas.blogspot.com (everybody-tells-you-what-to-do)

Thursday, February 14, 2013

Berharap kepada orang lain

Melayu mudah berharap kepada orang lain untuk menjayakan sesuatu.

Sepatutnya orang Melayu sendiri berkumpul ramai-ramai menjadi kuat dan menyempurnakan sendiri kuatkuasa hak-hak mereka di dalam Artikel 153.

Bukan hanya mengharapkan mana-mana pihak untuk melakukannya.

sambung baca:
semaremas.blogspot.com (hilang-fokus-penyebab-utama)

Wednesday, February 13, 2013

Mencabar Perlembagaan Negara

Banyak perkara sensitif telah dicetuskan oleh puak Sosialis bagi mencabar Perlembagaan Negara.

Semuanya bertujuan membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada Perlembagaan. Ini bukan cara menyatakan PERBEZAAN PENDAPAT dengan BERLAINAN CARA.

Ianya adalah untuk mencabar
Perlembagaan Malaysia
kedaulatan Malaysia
kepercayaan kepada Tuhan masing-masing.

Sentimen dimainkan.

sambung baca:
semaremas.blogspot.com

Pantun Mengenal Diri 9

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Tengku Puan Pahang di Klinik Kesihatan Padang Luas

 sumber: sinarharian.com.my (makanan-kampung-elak-obesiti)



Makanan kampung seperti ulam dan sayuran boleh mengelak masalah obesiti kerana kandungan khasiat yang tinggi dan kurang lemak.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Iskandar berkata, rakyat perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kesihatan terutama kanak-kanak kerana mereka memerlukan nutrisi mencukupi untuk tumbesaran.

Menurutnya, dengan kepelbagaian jenis penyakit sekarang ini, rakyat disaran supaya lebih peka dengan masalah obesiti kerana makanan tanpa kawalan boleh memudaratkan kesihatan individu.

“Di negeri ini, banyak ulam dan sayuran yang boleh dijadikan menu seharian untuk kekal sihat dan awet muda.

“Selepas ini, elakkan makan makanan berminyak yang digoreng dan lebih kepada makanan rebus atau kukus,” katanya.

Baginda berkata demikian pada Program Khidmat Hospital Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012 dan Pelancaran Program MDG 4 : “Together We Can Save Our Childrens Life” di Klinik Kesihatan Padang Luas, semalam.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Negeri Pahang, Rohani Saad; Pegawai Daerah, Datuk A. Rahman Hamzah; Pengarah Kesihatan, Norhizan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman.

Azizah berkata, pemakanan seimbang perlu diamalkan dari usia kanak-kanak dan ibu bapa perlu tahu kandungan nutrisi yang perlu diberikan kepada anak mereka.

Katanya, ibu bapa juga mesti prihatin dengan tumbesaran anak-anak dan pastikan anak-anak mereka menerima suntikan pada tarikh ditetapkan bagi mengelak penyakit dan kejadian tidak diingini.

“Bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ini, kita perlu berusaha memastikan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengurangkan kadar kematian dalam kalangan mereka yang berumur lima tahun ke bawah.

“Selain pemakanan seimbang, pastikan juga anak-anak minum susu walaupun sudah meningkat remaja kerana ia baik untuk tulang dan mendapat tidur mencukupi untuk kekal cergas pada siang hari,” katanya.

Azizah berkata, apabila anak-anak ini mendapat tidur yang mencukupi, mereka lebih sihat dan bertenaga serta memudahkan menerima pelajaran ketika berada dalam kelas.

Menurutnya, ibu memainkan peranan paling utama dengan dibantu bapa dan faktor sekeliling kanak-kanak.

Tuesday, February 12, 2013

NASARUDDIN MAT ISA DI PECAT

AKHIRNYA NASARUDDIN MAT ISA DI PECAT
Apa yang dijangka oleh NASARUDDIN MAT ISA dan PM berjaya dilaksanakan oleh PAS. Tak ada yang pelik dan unik.

sambung baca:
semaremas.blogspot.com (nasaruddin-mat-isa)

Pantun Mengenal Diri 8

Jika begitu kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,

Malaikat tidak membawa wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Monday, February 11, 2013

Pantun Mengenal Diri 7

Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Sunday, February 10, 2013

Sambutan Maulud Nabi

Umat Islam Malaysia
perlu disedarkan 
bahawa 
meraikan 
harilahir junjungan besar 
Rasullullah s.a.w. 
adalah 
Kerja Tak Sudah

Baca selanjutnya:
semaremas.blogspot.com (raikan-harilahir)

Pantun Mengenal Diri 6

Jikalau sifat kita sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa'.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Saturday, February 9, 2013

Percaya kepada calon Islam?

Waima ada pemimpin menyeru agar penyokong dan ahli hanya mengundi calon-calon beragama Islam, tapi bolehkah kita mempercayai calon-calon beragama Islam ity?

Baca selanjutnya:
semaremas.blogspot.com (tukar)

Pantun Mengenal Diri 5

Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Maka sifat itu dibawa pulang


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Friday, February 8, 2013

Pantun Mengenal Diri 4

Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, February 7, 2013

Perisytiharan masuk neraka

Berdasarkah ilmu fardu ain MUNGKIN kita boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa masur neraka. MUNGKINkah hak membuat pengumuman ini telah diberikan oleh TUHAN kepada mereka?

Baca selanjutnya:
semaremas.blogspot.com (pok-nik-dah-isytihar-jadi-tuhan)

Pantun Mengenal Diri 3

Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Wednesday, February 6, 2013

Mengikut Adat Orang Melayu Islam

Mengikut Adat orang Melayu Islam bila 
 'Tetamu' 
mula nak pijak kepala 
'Tuan Rumah'
 maka 
'Tuan Rumah' 
tak perlu lagi Hormati dan menjaga hati 
'Tetamu'.

baca seterusnya:
semaremas.blogspot.com (dap-semakin-takut-hilang)

Pantun Mengenal Diri 2

BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Projek jalan persisiran Sungai Pahang

 sumber gambar: sinarharian.com.my



Projek jalan berdekatan persisiran Sungai Pahang sepanjang 15 kilometer yang tergendala ketika pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka masih dalam proses penilaian Kerajaan Persekutuan.

Cadangan meneruskan pembinaan jalan bermula dari sempadan Bera-Temerloh, dekat Kampung Tanjung Batu hingga ke Kampung Lubuk Paku, Maran itu dinilai berdasarkan keperluan utama penduduk.

Penduduk masih boleh menggunakan jalan sedia ada yang kini dalam proses naik taraf untuk melebarkan laluan bagi memudahkan kenderaan berselisih.

Tuesday, February 5, 2013

Terima Kasih Admin Asal Blog DUN Guai N37

Admin asal telah menyerahkan Blog DUN Guai N37 kepada LaMan KeraYong. Saya tidak menjanjikan saya dapat selalu terbitkan berita dalam Blog DUN Guai N37. Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kenapa admin asal menyerahkan Blog DUN Guai N37 kepada saya. Sedangkan saya tidak menetap di Daerah Bera. Cuma sekali sekala sahaka saya balik ke Durian Tawar. Hanya rumah lama yang ada. Masih ada juga sedara mara.

Difahamkan blog ini mempunyi empat lima orang penulis jemputa. Tetapi semuanya tidak berminat atau tidak mampu menjalankan tugasan sekarela ini.

Pihak saya akan cuba untuk mencuba.

Pentun mengenal diri 1

Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang...

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Friday, February 1, 2013

Ping.IN 6.2.2013

Weblogs.com    
blo.gs    
Syndic8    
blogrolling.com    
Google Blog Search    
Pubsub    
Yahoo    
Topicexchange.com    
Feedburner.com    
Icerocket.com    
Newsgator.com    
blogpeople.net    
RDFticker    
feedplex    
newsisfree    
twingly.com    
wasalive.com    
blogstreet.com    
blogsnow.com    
blogoon.net    
technorati.com    
blogbuzzmachine.com    
weblogalot.com    
octora.com    
feedblitz.com    
bloglines.com    
blogflux.com    
moreover.com    
bloggernetz.de    
bloggerei.de    
geourl.org    
livedoor.com    
namaan.net    
kutsulog.net    
fc2.com    
yandex.ru    
feedsky.com    
zhuaxia.com    
wordblog.de    
1470.net    
blogg.de    
amagle.com    
catapings.com    
xianguo.com    
blogupdate.org    
blogsdominicanos.com    
unidatum.com    
fgiasson.com    
holycowdude.com