Wednesday, March 6, 2013

Datuk Seri Adnan Yaakob bersama 204 pekerjaan ladang Felda Plantation Gugusan Tembagau

Rakyat di negeri ini dinasihatkan  supaya tidak menyertai  perhimpunan haram  ‘Kempen Bebaskan Anwar 901′ kerana boleh  mencetuskan huru-hara dan menggugat  keselamatan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata,  Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri  Anwar Ibrahim sepatutnya menghormati  mahkamah kerana setiap keputusan yang dibuat  oleh hakim adalah berdasarkan perbicaraan dan  bahan bukti yang melampaui keraguan  munasabah.

“Kalau kita adakan demonstrasi, jika  mempertikaikan keputusan mahkamah kerana  tidak memihak kepada kita, bila masalah akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita   selepas majlis tandatangan Peserta Felcra Projek  Tanah Kelompok (RTK) Tembangau kepada 204 pekerjaan ladang Felda Plantation Gugusan Tembagau, pada 1hb januari 2012.

Turut hadir Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail  Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman; ADUN  Guai, Nurol Azali Sulaiman dan Ketua Pengarah  Eksekutif Felcra, Juzilman Basir.

Menurut Adnan, Anwar tidak boleh mengheret  rakyat bagi mengadakandemonstrasi jalanan  dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sebaliknya kata beliau, hak masyarakat juga perlu  dihormati selain mempertahankan hak individu.

No comments: