Friday, April 19, 2013

Popular Posts 19.4.2013

  1. Adakah ini masih terlalu awal untuk kita membicarakan tajuk ini. Atau pun tajuk ini sudah tidak memberikan kesan lagi. Ketentuan siapakan, ...
  2. Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dijangka terus kukuh di kersui DUN berkenaan sekiranya beliau m...
  3. 24hb Februari, 2009. Felda Bukit Kepayang. BENGKEL TAKLIMAT EDIBLE GARDEN Anjuran Fama Daerah Bera dan Jabatan Pertanian Daerah Bera. Aturc...
  4. Corat coret sekitar Majlis Ramah Mesra Aidilfitri DUN Guai pada 25 Ogos 2012. Bicara dalam gambar...
  5. Pada 25 Ogos 2012 Yang Berhormat Encik Norol Azali Adun Kawasan Guai telah mengadakan jamuan hari raya di Dewan Padang Luas. Ramai yang had...
  6. Pengerusi BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bera di Dewan Kom...
  7. Pada hari Sabtu 4.10.2008, YB ADUN Guai, Encik Norol Azali bin Sulaiman telah mengadakan jamuan hari raya bagi penduduk DUN Guai. Jamuah te...
  8. Tanggal 25 Julai 2012 bersamaan 5 Ramadhan 1433 Hijrah, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muda Pahang bersama Ke Bawah Duli Yang Tera...
  9. Kehidupan YB dari kaca mata N D Lala. Bangun pagi-pagi. Tamu dah menanti. Bukan nak cari kopi. Nak tanya pasal subsidi. Hai belum sempat s...
  10. Sempena Sukma Pahang 2012, sebanyak 15 orang Adun telah dilantik sebagai Bapa Angkat kepada kontinjen yang datang bertanding ke Pahang. Bagi...

Wednesday, April 17, 2013

Sifat serdahana membolehkan Norol Azali dipilih semula sebagai calon BN DUN Guai untuk PRU13

YB Encik Norolazali Sulaiman seperti dijangka terus diberi kepercayaan kukuh bagi mempertahankan kerusi DUN Guai pada Pilihan Raya Umum Ke13, kali ini.

 sumber gambar: www.sinarharian.com.my

YB Encik Norolazali adalah pemimpin yang berjiwa rakyat dan sering turun padang untuk melihat perkembangan semasa masyarakat. Sikap beliau yang 'selamba' apabila berada dalam satu-satu aktiviti atau program membuatkan rakyat cepat mesra dengan beliau.

Beliau juga banyak meluangkan masa bersama belia, mengambil perhatian dengan masalah-masalah termasuk sering mengajak belia untuk mengadakan pelbagai aktiviti.

Sememangnya DUN Guai memerlukan seseorang pemimpin yang berkebolehan mendekati golongan belia yang sering mencuba sesuatu yang baru malah mudah terpengaruh dengan persekitaran. Sememangnya ada segelintir belia yang mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang sehinggakan tidak tahu memilih mana yang terbaik untuk mereka.

Tidak dinafikan, pengundi saluran tiga dan empat ini mempunyai terlalu banyak keinginan dan ada masanya, keinginan mereka itu dieksploitasi oleh pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Pengundi DUN Guai harus yakin dengan kerajaan sekarang yang tidak pernah mengabaikan belia malah sanggup mengikut trend terkini dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mereka sedar bahawa BN sebuah kerajaan yang prihatin dengan rakyatnya.

Berdasarkan pemerhatian ini kita amat berharap BN akan mengulangi kemenangan seperti sebelumnya malah dengan lebih baik. Kerana Allah SWT sayang kepada hambanya yang sayangkan sesama sendiri. Serta tidak mempergunakan kebesaran Allah SWT dalam menuntut kehendak hati mereka.

YB Norolazali diharapkan akan diizinkan oleh Allah SWT tetap stabil di Dun Guai kerana beliau sentiasa menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Setiap masalah atau isu yang disuarakan, sering mendapat maklum balas dengan segera dan diselesaikan secepat mungkin. Semua ini adalah dengan izin Allah SWT. Cuma yang membezakannya, sama ada ianya diizinkan Allah SWT untuk  diselesaikan dalam tempoh cepat atau lambat. Allah SWT lebih mengatahui hikmah terhadap rahmatnya kepada penduduk Dun Guai. Itu bukanlah masalah yang besar kepada mereka yang mengaku bahawa "Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah".

Kita sama-sama doakan supaya YB Norol Azali digerakkan oleh Allah SWT untuk terus memimpin DUN Guai dengan bijaksana kepada penduduk di:
Batu Bor
Bohor Baharu
Bukit Rok
Charok Puting
Durian Tawar
Felda Bukit Kepayang
Felda Kumai
Felda Mayam
Felda Purun
Kuala Bera
Kuala Triang
Mengkarak
Padang Luas
Senyum Jempol

Kita doakan juga yang terbaik kepada semua yang terlibat dalam PRU13 ini. Moga-moga kita dapat teruskan kehidupan dengan aman dan tiada rasa benci, dendam, irihati dan terkilan.

Senarai Calon DUN BN Pahang untuk PRU13 2013


N37 GUAI - Norolazali Sulaiman (Penyandang)
 N38 TRIANG - Tan Tin Loon (Kawasan DAP)
N39 KEMAYAN - Mohd Fadil Osman (Penyandang)

N40 BUKIT IBAM - Wan Khadri Wan Mahussain (Muka baharu)
N41 MUADZAM SHAH - Datuk Maznah Mazlan (Penyandang)
N42 TIOMAN - Datuk. Mohd. Johari Hussain (Penyandang)

N33 BILUT - Leong Kim Soon (Muka baharu)
N34 KETARI - Wong Choo Yap (Muka baharu)
N35 SABAI - M Gunasegalan (Muka baharu)
N36 PELANGAI - Datuk Seri Adnan Yaakob (Penyandang)

N30 MENTAKAB - Chuah Boon Seong (Penyandang)
N31 LANCHANG - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (Penyandang)
N32 KUALA SEMANTAN - Mohammad Anuar Mohd. Yunus (Muka baharu) (Kawasan PAS)

N27 JENDERAK - Datuk Mohamed Jaafar (Penyandang)
N28 KERDAU - Syed Ibrahim B Syed Ahmad (Penyandang)
N29 JENGKA - Wan Salman Wan Ismail (Penyandang)

N24 LUIT - Nurhidayah Shahaimi (Muka baharu)
N25 KUALA SENTUL - Datuk Shahaniza Shamsuddin (Penyandang)
N26 CHENOR - Mohamed Arifin Awang Ismail (Muka baharu)

N20 PULAU MANIS - Khairuddin Mahmud (Penyandang)
N21 PERAMU JAYA - Sheikh Ahmad Fauzi Sheikh Ali (Muka baharu)
N22 BEBAR - Ibrahim Awang Ismail (Berpindah dari N21)
N23 CHINI - Abu Bakar Harun (Penyandang)

N17 SUNGAI LEMBING - Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (Penyandang)
N18 LEPAR - Mohd. Shohaimi Jusof (Penyandang)
N19 PANCHING - Mohd Zaili Besar (Penyandang)

N14 TERUNTUM - Chang Hong Seong (Penyandang)
N15 TANJUNG LUMPUR - Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (Muka baharu)
N16 INDERAPURA - Datuk Shafik Fauzan Sharif (Penyandang)

N12 BESERAH - Datuk Mohd. Hazmi Yusof (Muka baharu) (Kawasan PAS)
N13 SEMAMBU - Pang Tsu Ming (Penyandang)

N9 TAHAN - Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (Penyandang)
N10 DAMAK - Datuk Lau Lee (Penyandang)
N11 PULAU TAWAR - Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail (Penyandang)

N6 BATU TALAM - Abdul Aziz Mat Kiram (Penyandang)
N7 TRAS - Weng Hee Liang (Kawasan DAP)
N8 DONG - Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Penyandang)

N3 PADANG TENGKU - Abdul Rahman Mohamad (Penyandang)
N4 CHEKA - Datuk Fong Koong Fuee (Penyandang)
N5 BENTA - Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (Penyandang)

N1 TANAH RATA - Ho Yip Kap (Penyandang)
N2 JELAI - Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Penyandang)

Senarai Calon Parlimen BN Pahang untuk PRU13 2013

 P90 BERA -
Datuk Ismail Sabri Yaakob
(Penyandang)

P91 ROMPIN -
Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis
(Penyandang)

P89 BENTONG -
Datuk Liow Tiong Lai

P88 TEMERLOH -
Datuk Saifuddin Abdullah
(Penyandang)

P87KUALA KRAU -
Datuk Ismail Mohamed Said
(Penyandang)

P86 MARAN -
Datuk Ismail Abd. Mutalib
(Penyandang)

P85 PEKAN -
Datuk Seri Najib Tun Razak
(Penyandang)

P84 PAYA BESAR -
Datuk Abdul Manan Ismail
(Penyandang)

P83 KUANTAN -Kawasan PKR
Datuk Mohd. Suffian Awang
(Muka baharu)

P82 INDERA MAHKOTA -Kawasan PKR
Wan Adnan Wan Mamat
(Bertukar dari DUN Tanjung Lumpur)

P81 JERANTUT -
Ahmad Nazlan Idris
(Muka baharu)


P80 RAUB -
Datuk Hoh Khai Mun
(Bertukar dari DUN)

P79 LIPIS -
Datuk Mohamad Shahrum Osman
(Penyandang)

P78 CAMERON HIGHLANDS -
Datuk G. Palanivel
(Muka baharu)

Senarai Penuh Calon DUN/Parlimen PAS Pahang PRU13 2013

Semoga kita sama-sama bertanding dengan ikhlas kerana Allah SWT. Ini jugalah tanggungjawab kita setelah kita sama-sama mengaku bahawa 'Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Bertanding atau tidak dan menang atau kalau adalah ketentuan Allah SWT. Tugas iblis dan syaitan adalah untuk menjadikan kita lupa kepada YANG ESA, saling berdendam, berbenci dan simpan rasa marah kepada hamba Allah. Selamat maju jaya semua yang terlibat dalam PRU13.

 gambar calon-calon pas Pahang PRU13

Senarai Calon Pas bagi DUN Pahang untuk PRU13

N2 Jelai: Abdul Karim Nor
N3 Padang Tengku: Roslan Zainal
N8 Dong: Tengku Shah Amir Tengku Perang
N9 Tahan: Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
N11 Pulau Tawar: Yohanis Ahmad
N12 Beserah: Andansura Rabu
N15 Tanjung Lumpur: Rosli Abdul Jabar
N16 Inderapura: Syed Anis Syed Husain
N17 Sg. Lembing: Sulaiman Mohd Derus
N19 Panching: Yusof Embong
N20 Pulau Manis: Othman Bakar
N21 Peramu Jaya: Abu Kassim Manaf
N24 Luit: Mohd Shahrul Nizam Abd Halif
N26 Chenur: Hasenan Haron
N28 Kerdau: Kamal Shaari
N29 Jengka: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
N32 Kuala Semantan: Syed Hamid Syed Mohamad
N36 Pelangai: Abd Hamid Bahatim
N37 Guai: Musaniff Abd Rahman
N40 Bukit Ibam: Syukri Ahmad
N42 Tioman: Mohd Fadzli Mohd Ramly

Senarai Calon Pas bagi Parlimen Pahang untuk PRU13

P79 Lipis: Mahyudin Ghazali
P81 Jerantut: Dr Hamzah Jaafar
P86 Maran: Mujiburrahman Ishak
P87 Kuala Krau: Shahril Azman Abd Halim
P88 Temerloh: Nasruddin Hassan
P91 Rompin: Nuridah Salleh