Thursday, May 16, 2013

YB Norul Azali ADUN Guai angkat sumpah Exco Pahang 2013. TAHNIAH

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) telah mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini pada pukul 11 pagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) 2013. Tiada wakil MCA atau MIC yang dilantik dalam barisan Exco kali ini.

Encik Norul Azali Sulaiman (Guai)
Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (Lanchang)
Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (Benta)
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai)
Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura)
Datuk Abu Bakar Harun (Chini)
Datuk Mohd. Johari Hussain (Tioman)
Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul)
Encik Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau)
Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Dong)

Tahniah kepada YB Encik Norul Azali Sulaiman dan semua mereka yang telah dilantik.

No comments: