Wednesday, August 28, 2013

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Norol Azali Sulaiman yang baharu dilantik memegang portfolio itu berikrar melaksana amanah tersebut sebaik mungkin.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai. Beliau merasa bersyukur atas kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri

Tugas ini memberikan cabaran yang besar kerana sesuai dengan isu yang sering dibangkitkan generasi muda pada masa kini khususnya berkaitan sumber manusia.

YB Norol Azali Sulaiman berkata demikian selepas Mesyuarat Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kali pertama di Yayasan Pahang di sini baru-baru ini.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, YB Norol Azali mahu merangka perancangan untuk keperluan masa hadapan sumber manusia yang diperlukan oleh negara.

Perlu dijalinkan hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan belia di seluruh negeri bagi memudahkan saya merencanakan program untuk mereka.

"Portfolio ini bagi saya cukup penting bukan sahaja untuk melahirkan sumber manusia terbaik malah dalam memastikan aspek penjagaan kesihatan sentiasa diberi keutamaan," katanya.

23 Mei 2013

No comments: